BILA ISLAM TIDAK DI TATANG
Saturday, June 27, 2009
Sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh Iman al-Baihaqi: “Akan datang suatu masa nanti, dikala itu Islam hanya tinggal pada nama, Al-Quran hanya tinggal tulisan dan masjid dibina dengan amat bagus sekali, namun ia kosong dari petunjuk Allah s.w.t”.
Saudaraku,
Bila Islam tidak ditatang,
Islam hanya tinggal nama,
Al-Quran tinggal tulisan,
Masjid terukir indah tapi kosong.
Bila Islam tidak ditatang ,
Solat 5 waktu terabai,
Bagaimana dapat melahirkan generasi cemerlang,
Kegemilangan Islam kini tinggal lambaian, yang tinggal hanya sejarah.
Bila Islam tidak ditatang,
Kemungkaran bermaharajalela, maksiat berleluasa,
Anak-anak muda tidak segan silu bergandingan tangan,
Orang tua tidak malu melakukan dosa,
Mana tidaknya….
Sifat malu telah tercabut dari dadanya dari hatinya,
Sedangkan sabda Nabi Saw:
“Malu dan iman itu bergandingan, jika terangkat satu maka terangkatlah satu lagi”
Sebab apa lagi….
Sebab mereka terlupa kekuasaan tuhannya dan lupa firman Allah S.W.T.:
“….Jika engkau merasakan azabku amat ringan dan engkau mampu untuk
menghadapinya maka perbuatlah dosa sesuka hatimu”
Bila Islam tidak ditatang,
Generasi tua kian terpinggir,
Malah di hantar ke rumah harapan,
Maka berlambaklah bilangannya,
Li ma za..?
Sebab mereka tidak tahu bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa mereka,
Mereka tidak tahu yg berbakti pada kedua ibu bapa dapat menghapuskan
dosa sekaligus dapat mendekatkan diri pada yang Maha Pencipta serta mereka
jahil tentang keberkatan kaum ibu ini.
Bila Islam tidak ditatang,
Harta dunia dan wanita jadi cagaran,
Pemusuhan dan pengseketaan menghantui segenap pelusuk alam,
Kenapa?….. sebab mereka terlupa bahawa dunia ini adalah lading ke akhirat,
Sebab mereka ternyanyuk bahawa di dunia ini tempat Allah menguji setinggi
mana ketakwaan dan sekuat mana keimanan hambanya.
Mereka juga terlupa tujuan asal mereka diciptakan…
Seperti firman Allah…
“Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaku”
Bila Islam tidak ditatang,
Nafsu jadi ikutan,
Syaitan petunjuk jalan,
Sebab apa?
Sebab mereka buta….
Sebab mereka lupa firman Allah yang bermaksud :
“Syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata” dan “nafsu itu sering mengajak ke arah kejahatan”
Bila Islam tidak ditatang,
Wajah menjadi keruh,
Hati menjadi hitam,
Fikiran menjadi serabut,
Hidup tidak tenteram,
Kerana apa…
Sebabnya asyik memikirkan kehendak nafsu dan dunia…harta dunia,
Sebab apa lagi ….sebab jauh dari rahmat Allah,
Jauh dari jalan kebenaran…jauh dari kasih sayang Illahi .
Bila Islam tidak ditatang,
Umatnya ramai, kekuatan kurang,
Di tindas orang dan musuh…
Seperti Sabda rasulullah saw:
“umat Islam akan di kerunyukkan oleh musuh bagaikan hidangan dalam dulang”
Para sahabat bertanya “Adakah umat Islam itu sedikit?”
Jawab Baginda,
“Bahkan mereka ramai tetapi mereka bagai buih di lautan”
Mereka bertanya lagi “Kenapa boleh jadi begitu”
“Meraka telah dihinggap penyakit cinta dunia dan takut mati”
Bila Islam tidak ditatang,
Tiadalah lelaki soleh,
Kuranglah perempuan solehah,
Para ulama terpinggir dan lenyap,
Perkara maksiat diagung-agungkan dan dipuji,
Perbuatan baik dikeji,
Dan apabila ini terjadi maka tunggulah saat kemusnahan dari Tuhanmu!!!!
Wallahualam..
Hasil nukilan insan yang mengharap keredhaan Allah.
Moga Allah menetapkan imanku dan merahmati hidupku, kedua ibubapaku, adik beradikku, keluargaku, sahabatku dan seluruh umat Islam di dunia ini. Amin ya Allah.
Ilmu itu pembuka segala amal dan syaitan itu musuh kamu yg paling nyata!!
salam juang untuk semua bekas pelajar kolej matrikulasi kedah dalam meneruskan pencarian ilmu kamu dalam dunia baru yang lebih mencabar..INGAT!!! siapa pun kamu sekarang,kamu bertanggungjawab untuk memastikan ISLAM terus agung..fikirkanlah!!!
Perempuan itu
Friday, June 26, 2009
Dicopy and paste from: http://aireensamirah.wordpress.com
Saya lihat perempuan-perempuan itu,
Tersenyum manis, gelak tawanya terhibur;
Saya dengar perempuan-perempuan itu,
Tersulam nama-nama ajnabi bersama gelak tawa mereka,
Bahagia sahaja rupa mereka, bagai hilang masalah di dada;
Saya lihat perempuan-perempuan itu lagi,
Mereka ketawa lagi, senyum riang, tanda hati ria;
Tiba-tiba,
Saya lihat perempuan-perempuan itu kehilangan tawa,
Menangis tak berlagu, duka menyelubungi wajah;
Saya dengar perempuan-perempuan itu,
Nama-nama ajnabi terrpacul lagi,
Tapi bukan dengan gelak tawa, tohmahan semata-mata;
Saya lihat perempuan-perempuan itu,
Menangis lagi, meraung lagi, menyesali diri,
Apa sudah jadi?
Mana bahagia yang tersulam tadi?
Mana seulas senyum mekar bak bunga?
Duhai kawan,
Sudah kuiingatkan dahulu, itu semua cuma sementara,
Sudah kukatakan dulu, cari cinta Pencipta sebelum ciptaannya,
Sudah kukhabarkan, tapi dimana dengarnya kamu?
Wahai sahabat,
Sulam dahulu tawa dalam habiburrahman,
Sebelum kau rasa kemanisan makhluknya,
Senyum tawa dahulu pada rahmatnya,
Pasti kau temui bahagianya,
Kekal,
Abadi,
Selamanya..
.:saya mengingatkan diri saya bersama:.
*ajnabi = lelaki bukan muhrim.
*habiburrahman = cinta Maha Pengasih
Saudara kita
Thursday, June 18, 2009
Tuesday, 02 June 2009 03:34
Betapa takutnya Israel akan Hamas. Dan betapa takut pula mereka akan Al Qossam, roket yang dibuat oleh Hamas. Roket yang dibuat di rumah itu, hanya menggunakan tangan, seolah tak pernah habis dan tak pernah henti. Bandingkan dengan Israel yang mengimpor senjata, termasuk roket dari negara-negara besar seperti Jerman dan AS, selain juga Israel memproduksi sendiri senjatanya, yang semuanya itu tentu saja, tak ada yang dibuat di rumah, juga tak ada yang dibuat oleh tangan.
Roket-roket Israel merupakan buatan pabrik dan mesin yang mempunyai daya jangkau ribuan kilometer dan daya ledak yang dahsyat. Tapi itu, tak sedikitpun membuat Hamas ataupun orang Palestina yang berada di Jalur Gaza ketakutan. Israel bisa kapan saja meluncurkan senjata mereka, roket, misil dan bom, dan para pejuang Hamas senantiasa bersiap siaga.Para pejuang Hamas hapal betul dengan ayat Al Quran yang berbunyi : "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (Qs. al-Anfaal [8]: 60) Dan beginilah Hamas membuat senjata roket Al Qossam untuk berjuang melawan penjajah bumi Palestina, Israel.
Di sebuah gudang di utara Jalur Gaza, sekelompok anak muda, selalu anak muda, membuat roket-roket Al Qossam. mereka mengerjakannya di malam hari. Roket-roket diukur sedemikian rupa dalam berbagai ukuran yang berbeda. Yang paling besar "hanya" sanggup mencapai jarak 9 kilometer.
Material peledak: hulu roket diisi dengan TNT.

Pupuk yang digunakan sebagai bahan bakar roket berasal dari Israel. Orang-orang Israel tidak pernah mengerti bagaimana pupuk-pupuk ini bisa sampai di Gaza.

Enam jam dalam satu malam, dibagi dalam dua shift. Tak ada upah lembur. Mereka menggunakan waktu istirahat untuk tahajjud dan hanya ditemani segelas kopi.
Para kreator ini kemudian mencampur pupuk dengan sirup glukosa. Mereka menggunakan timbangan bumbu dapur untuk mengukur takarannya. 
Perlu satu jam setengah untuk menyiapkan bahan bakar roket di atas sebuah kompor gas mini. Roket sedang dites uji ledaknya. Para Hamas muda ini menggunakan walkie talkie untuk berhubungan dengan rekan-rekannya yang berjaga di luar gudang.

Enam jam dalam satu malam, dibagi dalam dua shift. Tak ada upah lembur. Mereka menggunakan waktu istirahat untuk tahajjud dan hanya ditemani segelas kopi.

Semua bahan dituangkan ke dalam roket, yang kemudian akan mendingin dan mengeras dengan sendirinya. Kontainer ini kemudian akan dipotong dan silinder bahan bakar dimasukan kedalam sel Qossam. Sebuah detonator juga disertakan.

Semua bahan dituangkan ke dalam roket, yang kemudian akan mendingin dan mengeras dengan sendirinya. Kontainer ini kemudian akan dipotong dan silinder bahan bakar dimasukan kedalam sel Qossam. Sebuah detonator juga disertakan.

Satu malam, anak-anak muda itu sanggup membuat 100 buah roket! Subhanallah.
Satu malam, anak-anak muda itu sanggup membuat 100 buah roket! Subhanallah.
Read more...
Semakan semula
Thursday, May 21, 2009
1. Calon yang ingin memohon semakan semula keputusan peperiksaan
hendaklah melengkapkan borang Permohonan Semak Semula
Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM yang boleh diperolehi di
kolej, di laman web di alamat www.moe.gov.my/bmkpm atau di pejabat
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya.
2. Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan
BMKPM/SS/PSPM perlu diisi dalam dua (2) salinan.
3. Setiap mata pelajaran yang disemak semula dikenakan bayaran
sebanyak RM50.00 (lima puluh ringgit Malaysia sahaja) kecuali mata
pelajaran Matematik yang dikenakan bayaran sebanyak RM100.00
(seratus ringgit Malaysia sahaja).
4. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf
sahaja atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pelajaran Malaysia . Bayaran dalam bentuk tunai atau cek peribadi
tidak akan diterima.
5. Borang permohonan yang lengkap beserta bayaran yang mencukupi
hendaklah sampai ke Bahagian Matrikulasi dalam tempoh dua (2)
minggu selepas keputusan diumumkan.
6. Borang permohonan yang tidak lengkap (maklumat tidak
lengkap/bayaran tidak mencukupi) tidak akan diproses dan akan
dikembalikan semula kepada pemohon.
7. Sebarang permohonan selepas daripada tarikh tutup tidak akan
dilayan.
8. Keputusan semakan semula akan diumumkan dalam tempoh dua (2)
minggu selepas tarikh tutup.
9. Keputusan semakan semula yang diumumkan adalah muktamad.
untuk muat turun borang anda boleh layari laman web ini http://www.moe.gov.my/bmkpm/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=86&Itemid=186



























