Perempuan itu
Friday, June 26, 2009
Dicopy and paste from: http://aireensamirah.wordpress.com
Saya lihat perempuan-perempuan itu,
Tersenyum manis, gelak tawanya terhibur;
Saya dengar perempuan-perempuan itu,
Tersulam nama-nama ajnabi bersama gelak tawa mereka,
Bahagia sahaja rupa mereka, bagai hilang masalah di dada;
Saya lihat perempuan-perempuan itu lagi,
Mereka ketawa lagi, senyum riang, tanda hati ria;
Tiba-tiba,
Saya lihat perempuan-perempuan itu kehilangan tawa,
Menangis tak berlagu, duka menyelubungi wajah;
Saya dengar perempuan-perempuan itu,
Nama-nama ajnabi terrpacul lagi,
Tapi bukan dengan gelak tawa, tohmahan semata-mata;
Saya lihat perempuan-perempuan itu,
Menangis lagi, meraung lagi, menyesali diri,
Apa sudah jadi?
Mana bahagia yang tersulam tadi?
Mana seulas senyum mekar bak bunga?
Duhai kawan,
Sudah kuiingatkan dahulu, itu semua cuma sementara,
Sudah kukatakan dulu, cari cinta Pencipta sebelum ciptaannya,
Sudah kukhabarkan, tapi dimana dengarnya kamu?
Wahai sahabat,
Sulam dahulu tawa dalam habiburrahman,
Sebelum kau rasa kemanisan makhluknya,
Senyum tawa dahulu pada rahmatnya,
Pasti kau temui bahagianya,
Kekal,
Abadi,
Selamanya..
.:saya mengingatkan diri saya bersama:.
*ajnabi = lelaki bukan muhrim.
*habiburrahman = cinta Maha Pengasih