FAKTA MENGENAI KUKU PANJANG
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
RAHSIA SOLAT
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu ataupanduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 -Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
11 -Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 -Salam :Memelihara kita di dalam kubur.
13 -Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapamereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "jika ada di kalangan kamu yang perasan"!!!
INFO YANG BOLEH DIKONGSI BERSAMA
.· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetesdan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup denganmemperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Laluberkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya dibibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "AllahumaKamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkautelah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-DOA TENGOK CERMIN
· Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidakberbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atautakabur.
· Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud ASi.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,buah-buahan, dan air putih.
· Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikiankita akan banyak dikenal dan disayangi.
Kembara ilmu:Sains Aktuari
"Murid-murid, dah besar nanti nak jadi apa??”
“doktor!”
“cikgu!”
“polis!”
“Jurutera!”
“Saya nak jadi seorang aktuari!”
Bayangkan kalau ada seorang anak murid menjawab hendak menjadi seorang aktuari, pasti cikgu akan menggaru-garu kepala, tertanya-tanya, mungkin juga selepas itu terus surf internet, mencari makna ‘aktuari’. Apa agaknya, berkaitan laut ke??marin ke??ada pula perkataan sains kat depan tu??
Saya selalu tergelak, apabila orang bertanya tentang kos yang saya pilih, semua akan membuat muka pelik bila saya menyebut kos ’sains aktuari’. Payah untuk saya menjawab kerana saya pun tidak tahu bagaimana untuk menerangkan dengan sejelasnya. Ada yang mengatakan kos berkaitan laut kerana mungkin bunyinya dekat-dekat dengan ‘akuari’, mungkin. Saya akan sedaya upaya menerangkan atau untuk mudah, saya akan menjawab, lebih kurang sains matematik, banking, insurans. Saya pun tidak pasti adakah penerangan itu yang terbaik, tetapi itu sahaja yang mampu saya terangkan lantaran saya juga baru sahaja memasuki alam aktuari ini.
Jadi pada post saya kali ini, saya akan berkongsi sedikit tentang kursus ini bagi menerangkan kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya, dan juga untuk adik-adik yang akan menamatkan peperiksaan SPM tidak lama lagi. Sedikit sebanyak mungkin mereka akan berminat untuk mengambil kursus ini.
Di Malaysia, kursus ini masih tidak berkembang dengan pesat tetapi nampaknya kini keperluan seorang aktuari semakin dirasai oleh syarikat-syarikat besar. Baru-baru ini, kakak saya menghadiri pameran kerjaya di UKM dan melihat kebanyakan syarikat-syarikat besar kini memerlukan seorang aktuari. Pada saya, ini perkembangan yang baik kerana apabila saya menamatkan pengajian nanti, lebih mudah untuk saya mendapat pekerjaan
Setakat ini, dalam pengetahuan saya, cuma ada beberapa buah universiti sahaja di Malaysia yang menawarkan kursus ini iaitu UKM (sarjan muda), UITM (diploma dan sarjana muda), USIM dan saya baru terbaca baru-baru ini di Institut Sains Matematik Universiti Malaya juga ada menawarkan bidang Sains Matematik pengkhususan dalam Matematik Aktuari dan Kewangan. Bagi di luar negara pula, negara yang bagus untuk kursus ini ialah USA, UK dan Australia. Untuk tajaan JPA, biasanya JPA akan menghantar ke US atau Australia untuk sains aktuari, seperti saya, saya akan dihantar ke US dan sekarang saya sedang menjalani American Degree Transfer Program (ADTP). Kalau tiada aral melintang dan dengan izin Allah, saya akan ke sana pada musim luruh tahun 2010
Yang pasti membuatkan ia lebih menarik lagi ialah, kerjaya aktuari ini adalah antara 25 most highest paid job pada masa sekarang!
Apakah yang dimaksudkan dengan sains aktuari?
Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.
Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.
Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi. [1]
Siapa yang sesuai untuk menjadi aktuari?
- Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik.
- Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit.
- Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar.
- Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.
- Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.
- Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan. [1]
- Kebolehan yang baik dalam matematik untuk membolehkan pentafsiran ,penganalisaan dan penyelesaian masalah dilakukan.
- Pandangan praktikal
- Minda yang sentiasa analitis
- Boleh menghadapi masalah kewangan,pengurusan dan perhubungan manusia
- Boleh bertutur dan menulis dengan baik untuk tujuan komunikasi
- Pendidikan universiti dalam bidang matematik, statistic dan Sains aktuari.
- Boleh membuat keputusan dengan baik,mempunyai imaginasi dan berfikiran logic
- Kefahaman mendalam dalam ekonomi am,kecenderungan sosial ,perundangan dan kesihatan[2]
Ini adalah sedikit sebanyak tentang sains aktuari di Malaysia. Mungkin apabila saya sudah menyambung pelajaran di US saya boleh menceritakan tentang kursus ini di sana pula,insyaAllah. Tetapi setakat pengetahuan saya kini, subjek teras bagi sains aktuari ini ialah economics, calculus, statistic dan accounting.
Adik-adik yang mengambil aliran sastera di sekolah juga boleh mengambil kursus ini, cuma perlu mendapat A dalam matematik dan matematik tambahan. Juga bagi sesiapa yang mahu ke luar negara, pastikan Bahasa Inggeris dan Sejarah jangan diabaikan. Untuk mendapat tajaan ke luar negara, pada kebiasaannya penaja menetapkan sekurang-kurangnya 8A atau 8 1A. Jadi bagi yang sudah berhajat untuk ke luar negara, mulakan langkah dari sekarang. Plan your life!
Sumber dari :
[1] http://pkukmweb.ukm.my/~PSA/KENALAKTUARI.htm
[2] http://www.kmph.matrik.edu.my/kaunseling_&_kerjaya/k_actuari.html
http://aireensamirah.wordpress.com/2008/11/19/sains-aktuari Read more...